Sunday, June 10, 2012

BENGKEL SENI KHAT DI SMK SULTAN ABDUL AZIZ SHAH

Posted by persis on 12:32 AM 0 comments




Alhamdulillah, pada 21 April 2012, PERSIS telah dijemput untuk menghantar beberapa orang ahli untuk menjadi fasilitator bagi Bengkel Seni Khat anjuran Surau Alkhauthar, SMK Sultan Abdul Aziz Shah.

Penceramah jemputan Ustaz Zawadi Bin Che Seman merangkap guru Bahasa Arab di sekolah tersebut telah mengetuai bengkel ini. Ustaz Zawadi Bin Che Seman juga merupakan tenaga pengajar tetap persatuan kami.

Bengkel ini disertai seramai hampir 150 orang yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 4. Bengkel ini berjalan di Dewan Asrama Pusat  SMK Sultan Abdul Aziz Shah.



Barisan fasilitator bersama Ustaz Zawadi

Oleh yang demikian, seramai 9 orang ahli PERSIS telah menyertai bengkel ini sebagai fasilitator. Tugas kami adalah membimbing peserta-peserta untuk mendapatkan penulisan dengan kaedah yang betul.

Selain daripada itu, kami juga turut mendapat pengalaman baru apabila kami diberi kepercayaan untuk mengadili karya peserta-peserta untuk melayakkan mereka menyertai pertandingan Jawi anjuran Utusan Melayu. 

Alhamdulillah, pengalaman yang kami perolehi ini amat beerti buat kami. Sekiranya perlukan khidmat kami lagi, InsyaAllah kami penuh kesudian untuk berbakti!




ustaz zawadi ketika memberi pengisian


fasi memberi tunjuk ajar kepada peserta

pembetulan kaedah penulisan peserta

karya yang akan diadili

bimbingan kepada peserta


penghasilan akhir... tadaaa!!


sesi pengadilan karya oleh barisan fasilitator dengan bimbingan ustaz zawadi

hadiah disampaikan kepada pemenang!


Disediakan oleh 
BAZLAA

khas untuk 

PERSIS 
dan 
PENCINTA KESENIAN ISLAM
Continue...


kelas khat

Posted by persis on 12:14 AM 0 comments

KELAS KHAT

InsyaAllah, kelas khat akan diadakan pada setiap hari RABU bermula jam 9.00 malam. kelas berlangsung selama satu jam setengah bersama tenaga pengajar USTAZ ZAWADI BIN CHE SEMAN. 

sebarang perubahan kelas akan dimaklumkan oleh pimpinan persatuan ^_^






* KELAS KHAT 18 APRIL 2012


ustaz zawadi yang besh! tak kering gusi belajar dengan beliau. mengenalkan kami tentang kebesaran Allah.




teks ustaz zawadi bagi




tunjuk cara kaedah yang betul



subhanallah! geram tengok tulisan ustaz


khusyuk muslimat yang hadir

ustaz menjenguk2 tulisan kami. ehe, banyak salah. malu2!

fuh.! sambutan dari muslimin pun tak kurang hebatnya

Alhamdulillah! kelas khat dapat berjalan seperti biasa meskipun kami sentiasa dihimpit dengan tugasan sebagai seorang pelajar. alhamdulillah mereka ini benar-benar Allah pilih untuk menimba ilmu pengetahuan yang terpelihara ini. syukur! tahniah!

kami dari pihak kepimpinan sendiri sangat berbesar hati melihat sambutan yang memberangsangkan ini. walaupun semakin susut namun kehadiran masih menggagumkan kami. terima kasih kerana terus memberi sokongan kepada kesenian ini.

alhamdulillah. senyum. 



dari 
BAZLAA

buat 
PERSIS di hatiku <3


Continue...


Friday, June 8, 2012

maaf!

Posted by persis on 11:01 PM 0 comments

bismillahirrahmanirrahim


alhamdulillah. kembali semula berblogging selepas rehat yang panjang.







maaf kepada semua kerana kekurangan daripada pihak kami sendiri, maka blog ini tidak berhupdate. berabuk! kami akan kembali semula dengan wajah baru. insyaAllah


insyaAllah kami akan cuba atasi kekangan ini.


semoga segala aktiviti atau sharing tentang khat ini memberi manfaat kepada kita semua.


Amin!

Continue...


Monday, April 4, 2011

BENGKEL KREATIF SENI KHAT

Posted by persis on 6:23 PM 0 comments





semua warga IPIS djemput untuk mnyertai bengkel kreatif seni khat.anda akan bpeluang utk mhasilkan khat di atas arcyclic board. tulisan khat sudah disediakan oleh khutot2 IPIS yg b'pengalaman iaitu ust Hafidz (PISMP 7.03),Khairunnisa (PISMP 1.01) & Akmaluddin (PPISMP 2.07).tulisan khat yg akan dhasilkan ialah doa2 cthnya doa masuk & keluar masjid.penyertaan boleh dihantar selewat-lewatnya 8 April 2011. bersama kita menjayakan bengkel ini dan meneruskan perjuangan seni khat di bumi IPIS...
Continue...


TAHNIAH!

Posted by persis on 12:36 AM 0 comments

Untuk pertama-tamanya, saya ingin menyusun jari nan 20 memohon maaf kepada semua ahli PERSIS dan pembaca blog ni sebab dah lama sangat-sangat tak update blog. Kekangan masa-alasan biasa yang sangat popular digunakan. Tapi memang jujur Hana katakan, memang agak kesempitan waktu. Ok, sekarang kita fokus pada isi post kali ni.

Memang sangat-sangat diakui, berita ni dah lapuk dan dah ramai yang tahu pun. Tapi saya nak juga mengucapkan tahniah kepada semua wakil IPIS ke musabaqah khat di UKM pada bulan Februari yang lepas. Sekalung ucapan tahniah juga diucapkan kepada Akmaluddin kerana telah menjadi naib johan musabaqah berkenaan. Kepada Nisa', jangan sedih-sedih sebab tak dapat menyertai musabaqah ini ye... Bila dah jadi pelatih guru, terpaksalah mengutamakan BIG. Insya-Allah mungkin diberi rezeki di lain masa. Sesungguhnya rezeki Allah itu luas.

Kepada ahli PERSIS yang lain, teruskan usaha untuk mendalami dan mempelajari Khat. Mari sama-sama kita fight Akmaluddin dan Nisa'. Lepas tu boleh la fight Ustaz Hafidz, Ustaz Syahrin, Ustaz Aizad dan Ustaz Firdaus. Tiada yang mustahil kalau berusaha dengan bersungguh-sungguh. (Tapi fight untuk kebaikan la. Untuk tambah ilmu. Namun, walau apa pun, tetap kena hormat gak beliau-beliau yang di atas ni sebab mereka ni guru kita. Kat Ustaz Zawadi pun, lagi la kena hormat k.. Baru la ilmu tu diberkati Allah...ameen)

Tu je kot post kali ni. Maaf sekali lagi ye...


~ Insya-Allah pada 16 april nanti akan diadakan bengkel seni Khat Islam. Alah, buat arcyclic cam sem lepas. Moh le kita sama-sama join dan jayakan bengkel ni k... Hasilnya akan diwakafkan ke Masjid As-Syafie. Jom sebar-sebarkan! Posternye, insya-Allah esok atau lusa Hana sebarkan. =)
Continue...


Tuesday, March 15, 2011

konvo pertama..

Posted by persis on 9:03 AM 0 comments


assalamualaikum buat semua.

apa khabar hati dan iman? biar pun cuti moga graph iman masih dapat dipelihara.

baiklah. ayuh berganjak ke isi post~ (tak reti nya la nak skema2 ni..=.=)


SELAMAT BERKONVO

buat barisan pemacu PERSIS. =)

dari kiri : ustaz zawadi ( pengasas PERSIS)
ustaz firdaus, ustaz shahrin, ustaz hafiz (yang ini ada lagi di IPIS)

sorang lagi SIFU - ustaz aizat xde dalam gambar..

MABRUK diucapkan kepada ustaz firdaus, ustaz shahrin dan ustaz Aizat..
dah konvo dah kome ye...

selamat meneruskan perjuangan buat senior2 ku..


* PERSIS akan menghantar 2 wakil untuk MUSABAQAH TERBUKA UKM 19-20 MAC 2011. diucapkan semoga berjaya*


-bazlaa-
Continue...


Tuesday, February 15, 2011

SALAM MAULIDUR RASUL...

Posted by persis on 5:46 PM 0 comments

salam Maulidur Rasul diucapkan kepada semua pembaca blog ni umumnya dan semua ahli PERSIS IPIS khasnya...


Semoga kita Maulidur Rasul kali ini membuka hati kita untuk lebih cinta dan kasih kepada Allah dan Baginda sendiri...

Marilah kita mengaplikasikan sunnah Rasulullah ke dalam kehidupan kita. Janganlah sunnah kahwin lebih dari seorang je yang kita ingat... Tapi yang lain langsung tak apply...hehe (khas ditujukan kepada lelaki..)


Akhir kata, semoga kita semua sentiasa berda di bawah limpahan rahmat Ilahi dan mendapat syafaat baginda di akhirat kelak...ameen....

Okey la...baca, baca jugak...tapi jangan lupa bersiap, malam ni ada kelas ye... ^^



~Maaf atas kelewatan post entry ni ye....
Continue...


Sunday, January 30, 2011

SELAMAT MENABUR BAKTI

Posted by persis on 8:12 PM 1 comments

cikgu oh cikgu!




Saya pasti ramai yang sudah mendapat berita tentang penempatan guru-guru PISMP generasi pertama. Walaupun agak terlambat, tapi saya tetap ingin mengucapkan tahniah kepada semua senior IPIS yang telah mendapat tempat amnya, dan senior PERSIS khasnya.

Ustaz Firdaus dan Ustaz Aizad akan diterbangkan nun jauh di Sarawak. Hanya Ustaz Syahrin sahaja yang terselamat kerana hanya ditempatkan di Selangor. Kami warga PERSIS IPIS sangat mengharapkan agar Ustaz Syahrin mendapat tempat sekitar Bangi ini sahaja dengan harapan agar Ustaz dapat kekal menabur bakti untuk persatuan ini.

Setelah lima tahun setengah menuntut ilmu di IPIS tercinta ini, diharap agar senior semua dapat mengaplikasi segala kemahiran yang ada untuk mendidik anak-anak permata negara walau di mana sahaja senior semua berada. Kami di sini mendoakan kesejahteraan semua. Beberapa tahun lagi, insya-Allah kami pula yang akan mengikut jejak langkah senior semua.

Kami juga amat berharap agar senior semua tidak melupakan kami dan PERSIS walaupun dipisahkan oleh Laut Cina Selatan atau sempadan negeri yang berbeza. Semoga ukhuwah kita bersama akan terus kekal segar dan mekar dan sentiasa di bawah naungan rahmat Ilahi. Ameen...



Continue...


Sunday, January 16, 2011

ORGANISASI 2011

Posted by persis on 9:45 PM 0 comments

Alhamdulillah, pada 11 Januari 2011, sebuah mesyuarat antara AJK-AJK sesi 2010 telah diadakan bagi membuat perlantikan organisasi baru bagi sesi 2011. Perlantikan ini tidak menggunakan sistem demokrasi seperti yang selalu digunakan dalam sesuatu pertubuhan, tetapi menggunakan sistem syuraa kerana ingin memilih AJK yang benar-benar dapat memberikan komitmen untuk menerajui organisasi bagi sesi ini. Inilah dia AJK-AJK yang telah dilantik:

Pengerusi: Mohd Saiful Bin Khalid
Naib Pengerusi: Khairunnisya Binti Ismail
Setiausaha: Nuraini Binti Hussin
Naib Setiausaha: Akmaluddin Bin Mohd Fauzi
Bendahari: Munira Binti Mohd Puad
Naib Bendahari: Nur Adilah Binti Shubki

AJK Publisiti & Dokumentasi:
1)Mohd Amir Hamizan Bin Abdul Rahman
2) Normah Binti Mohidin

AJK Aktiviti:
1) Nur Izzati Binti Ramli
2) Siti Nur Syakirah Binti Ismail

AJK Peralatan:
Muhammad Faizal Bin Ahmad Ghazali

AJK PPISMP Sem 2:
1)Muhammad Zaki Bin Talib
2)Nur Azmina Binti Suhaimi

AJK PISMP Sem 1:
Wan Nurul Syuhada Binti Wan Aziz

AJK PISMP Sem 3:
Adwa Arif Ataullah Bin Nafree

Sekalung ucapan tahniah kepada semua AJK yang baru dilantik. Diharap agar semua AJK dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam satu keluarga. Kepada yang tak terpilih, jangan berkecil hati, kerana anda semua tetap penting kerana semua dari kita, ahli PERSIS adalah ibarat satu keluarga.
Continue...


Friday, December 17, 2010

BENGKEL PENULISAN KREATIF SENI KHAT

Posted by persis on 10:07 PM 2 comments


ALHAMDULILLAH..akhirnya bengkel seni khat dapat juga dijalankan. bengkel yang pada awalnya direncanakan pada 18 Oktober 2010 ditunda kepada 20 oktober 2010 kerana atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. bengkel ini merupakan bengkel pertama yang dijalankan sepanjang PERSIS ditubuhkan. hasil idea Ustaz Aizat dan kerjasama Ahli PERSIS dengan persetujuan penasihat akhirnya bengkel ini dapat diadakan.

bengkel ini bertujuan untuk memupuk semangat cintakan khat di kalangan pelajar IPG KPI dan juga sebagai wadah untuk menonjolkan bahawa seni khat ini boleh dihasilkan secara kreatif melalui pelbagai cara. antaranya ialah seperti yang dihasilkan melalui bengkel ini iaitu penulisan pada arcylic board.

penyertaan dibuka kepada semua warga IPG KPI . alhamdulillah sambutan agak menggalakkan. seramai 40 orang telah menyertai bengkel ini. peserta bengkel akan mendapat sijil penyertaan sebagai tanda terima kasih kami dalam kesudian mereka menyertai bengkel ini.

untuk pengisian, pihak PERSIS telah menjemput USTAZ THALHAH sebagai tenaga pengajar dalam menghasilkan penulisan ini. tulisan yang digunakan untuk diukir adalah nama kepada setiap peserta. penulisan nama peserta adalah mengikut khat thuluth dengan bantuan penulisan ustaz aizat.

bengkel ini berlangsung selama lebih kurang 3 jam. pihak PERSIS mengucapkan terima kasih kepada yang sudi memberi kerjasama dan memohon maaf atas segala kekurangan. insyaAllah pada masa akan datang kami akan berusaha untuk mengadakan aktiviti yang lebih menarik lagi.


peserta khusyuk melakar nama pada arcylic board

ustaz talhah tekun memberi tunjuk ajar


proses seterusnya mewarnakan hasil karya

hasil karya


hasil karya seorang peserta

pengerusi PERSIS menyampaikan cenderahati kepada USTAZ THALHAH


PERSIS MAJU UNTUK IPIS ^_^
Continue...


Thursday, December 9, 2010

JAMUAN RAYA PERSIS

Posted by persis on 8:16 PM 0 comments

Assalamualaikum...

Jamuan hari raya PERSIS telah diadakan pada 25 September 2010 di kelas PISMP 2.01. Jamuan ini dianjurkan bagi meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri di kalangan ahli persatuan PERSIS. Seramai 30 ahli PERSIS telah menghadiri jamuan ini.

Jamuan ini telah dimeriahkan dengan pelbagai makanan seperti biskut raya, kuih muih, kek pandan, kek pisang dan sebagainya. Makanan ini semuanya dibawa sendiri oleh ahli-ahli PERSIS yang hadir pada malam itu.









Ahli jawatan kuasa PERSIS mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan Jamuan Hari Raya PERSIS. Kerjasama yang diberikan oleh semua ahli amat kami hargai. Semoga usaha ini dapat merapatkan lagi silaturahim antara kita semua.

Continue...


Monday, December 6, 2010

Lawatan ke Yayasan Restu

Posted by persis on 3:04 PM 0 comments

Assalamualaikum..

Alhamdulillah. Bersua kembali kita di ruangan ini. Seperti yang kita semua sedia maklum, penubuhan Persatuan Seni Khat ataupun ringkasannya PERSIS adalah bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar khususnya kepada warga Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam ini sendiri berkaitan penulisan seni khat ini. Oleh itu, bagi memberi pengetahuan yang lebih mendalam mengenai warisan seni khat ini, pada 8 Ogos 2010 yang lalu, PERSIS telah membawa ahli-ahlinya menyertai lawatan ke Yayasan Restu yang terletak di Shah Alam. Perjalanan mengambil masa selama 1 jam 15 minit. Dua buah bas telah digunakan untuk membawa ahli-ahli PERSIS. Di sebelah kiri ini ialah mercu tanda kebanggaan Yayasan Restu.








Setibanya di sana, para peserta mendengar penerangan ringkas daripada wakil Yayasan Restu serba sedikit mengenai sejarah dan objektif penubuhan yayasan tersebut. Kemudian, para peserta dikehendaki masuk ke Dewan Utama untuk mendengar ceramah oleh mereka yang bergiat aktif dalam seni penulisan khat termasuklah wakil-wakil dari Indonesia.








Seterusnya para peserta dibawa ke gerai-gerai dan ruang khas yang digunakan oleh para khattat untuk mempamerkan hasil kerja masing-masing. Para peserta juga berpeluang meninjau muzium khas yang menempatkan tinggalan seni khat ini. Antara tinggalan yang dipamerkan ialah mashaf Al-Quran yang berusia ratusan tahun dahulu, contoh-contoh dan jenis tulisan khat, serta alatan untuk menulis khat.









Para peserta juga berkesempatan untuk menempah dan membeli cenderamata yang disediakan di gerai-gerai dalam sekitar Yayasan Restu. Sebuah gerai yang khusus untuk menempah khat daripada para khattat juga ada disediakan. Kelihatan dua orang khattat sedang menyiapkan tempahan nama oleh para peserta.




Setelah itu, para peserta menjamu hidangan makan tengahari di kafe yayasan tersebut. Sebelum beransur pulang ke maktab, para peserta tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan hasil-hasil penulisan khat yang dipamerkan di kompleks. Di bawah ini ialah sebahagian peserta muslimin yang menyertai lawatan.

Sesudah itu, para peserta menaiki bas untuk pulang ke maktab. Ternyata lawatan ke Yayasan Restu banyak memberi ilmu pengatahuan dan pendedahan yang lebih mendalam mengenai seni tinggalan Islam ini. Semoga lawatan ini akan menjadikan para peserta lebih komited dalam setiap akviti PERSIS. Diharapkan agar lawatan seperti ini diadakan pada masa akan datang untuk melahirkan ahli PERSIS yang berwawasan dan mampu memberi komitmen yang tinggi kepada persatuan.


Sekian, terima kasih.
Continue...


Wednesday, December 1, 2010

SEJARAH PENUBUHAN PERSIS

Posted by persis on 3:26 PM 0 comments


Persatuan Seni Islam Khat (PERSIS) IPG Kampus Pendidikan Islam telah ditubuhkan pada pertengahan tahun 2007. Idea penubuhan persatuan ini adalah dari pensyarah penasihat persatuan ini sendiri iaitu Ustaz Zawadi Bin Che Seman. Beliau adalah bekas pensyarah di jabatan bahasa arab IPG Kampus Pendidikan Islam yang juga aktif dalam memperkembang seni penulisan khat di persada tanah air dan pernah menjuarai pertandingan di peringkat kebangsaan.


Pada peringkat awal persatuan ini wujud sebagai kelas terbuka yang diadakan pada hari minggu yang bertujuan mengisi masa lapang pelajar. Atas cadangan pensyarah penasihat persatuan, Ustaz Zawadi Bin Che Seman, bermula awal tahun 2008, kelas ini telah dinaungkan di bawah Persatuan Bahasa Arab IPG Kampus Pendidikan Islam sebagai sebuah persatuan.


Walaupun ustaz zawadi telah tamat perkhidmatan di IPG Kampus Pendidikan Islam, beliau masih lagi menjadi tenaga pengajar bagi kelas khat tersebut. Namun akibat kekangan masa dan tanggungjawab, kelas ini mula diambil alih oleh anak didik beliau yang merupakan generasi pertama seni khat di IPG KPI.


Mereka ialah Ustaz Muhammad Aizat B Che Romli, Ustaz Mohamad Firdaus Bin Kamaruddin Dan Ustaz Shahrin Bin Shamsudin. Mereka akan bergilir-gilir mengajar jika ada di antara mereka tidak dapat menghadirkan diri ke kelas tersebut.


Antara objektif/ matlamat penubuhan :

· meneruskan agenda kesenian islam di IPG KPI

· melahirkan guru pelatih yang berkemahiran tersendiri (khususnya khat)

· membuka ruang peluang kepada semua pelajar menjadi pencinta kesenian islam

· mencari bakat-bakat baru kesenian ini


Kini aktiviti mingguan persatuan iaitu kelas khat diadakan pada setiap hari rabu jam 9.30 malam. Kelas ini dibuka kepada semua warga institut yang mempunyai kelapangan.


Kepada ahli yang berminat boleh melaporkan diri kepada ahli jawatankuasa persatuan seni khat IPG KPI.

Continue...


Wednesday, November 24, 2010

BLOG TERHASIL

Posted by persis on 6:47 PM 0 comments


alhamdulillah


akhirnya lahir juga blog khat nih..


hasil cadangan USTAZ MUHAMMAD FIRDAUS BIN KAMARUDDIN..


dan sokongan


-ahli PERSIS SEMESTER 8-


USTAZ MUHAMMAD AIZAT B CHE ROMLI

USTAZ SHAHRIN B SHAMSUDDIN


serta


KEPIMPINAN PERSIS 2010



moga blog ni memberi manfaat..

sama-sama berkongsi maklumat dan pengalaman di sini.


SENI KHAT WARISAN ISLAM



-AJK PUBLISITI PERSIS-

Continue...