Monday, December 6, 2010

Lawatan ke Yayasan Restu

Posted by persis on 3:04 PM 0 comments

Assalamualaikum..

Alhamdulillah. Bersua kembali kita di ruangan ini. Seperti yang kita semua sedia maklum, penubuhan Persatuan Seni Khat ataupun ringkasannya PERSIS adalah bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar khususnya kepada warga Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam ini sendiri berkaitan penulisan seni khat ini. Oleh itu, bagi memberi pengetahuan yang lebih mendalam mengenai warisan seni khat ini, pada 8 Ogos 2010 yang lalu, PERSIS telah membawa ahli-ahlinya menyertai lawatan ke Yayasan Restu yang terletak di Shah Alam. Perjalanan mengambil masa selama 1 jam 15 minit. Dua buah bas telah digunakan untuk membawa ahli-ahli PERSIS. Di sebelah kiri ini ialah mercu tanda kebanggaan Yayasan Restu.








Setibanya di sana, para peserta mendengar penerangan ringkas daripada wakil Yayasan Restu serba sedikit mengenai sejarah dan objektif penubuhan yayasan tersebut. Kemudian, para peserta dikehendaki masuk ke Dewan Utama untuk mendengar ceramah oleh mereka yang bergiat aktif dalam seni penulisan khat termasuklah wakil-wakil dari Indonesia.








Seterusnya para peserta dibawa ke gerai-gerai dan ruang khas yang digunakan oleh para khattat untuk mempamerkan hasil kerja masing-masing. Para peserta juga berpeluang meninjau muzium khas yang menempatkan tinggalan seni khat ini. Antara tinggalan yang dipamerkan ialah mashaf Al-Quran yang berusia ratusan tahun dahulu, contoh-contoh dan jenis tulisan khat, serta alatan untuk menulis khat.









Para peserta juga berkesempatan untuk menempah dan membeli cenderamata yang disediakan di gerai-gerai dalam sekitar Yayasan Restu. Sebuah gerai yang khusus untuk menempah khat daripada para khattat juga ada disediakan. Kelihatan dua orang khattat sedang menyiapkan tempahan nama oleh para peserta.




Setelah itu, para peserta menjamu hidangan makan tengahari di kafe yayasan tersebut. Sebelum beransur pulang ke maktab, para peserta tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan hasil-hasil penulisan khat yang dipamerkan di kompleks. Di bawah ini ialah sebahagian peserta muslimin yang menyertai lawatan.

Sesudah itu, para peserta menaiki bas untuk pulang ke maktab. Ternyata lawatan ke Yayasan Restu banyak memberi ilmu pengatahuan dan pendedahan yang lebih mendalam mengenai seni tinggalan Islam ini. Semoga lawatan ini akan menjadikan para peserta lebih komited dalam setiap akviti PERSIS. Diharapkan agar lawatan seperti ini diadakan pada masa akan datang untuk melahirkan ahli PERSIS yang berwawasan dan mampu memberi komitmen yang tinggi kepada persatuan.


Sekian, terima kasih.


0 Responses so far:

Leave a Reply