Sunday, January 30, 2011

SELAMAT MENABUR BAKTI

Posted by persis on 8:12 PM 1 comments

cikgu oh cikgu!




Saya pasti ramai yang sudah mendapat berita tentang penempatan guru-guru PISMP generasi pertama. Walaupun agak terlambat, tapi saya tetap ingin mengucapkan tahniah kepada semua senior IPIS yang telah mendapat tempat amnya, dan senior PERSIS khasnya.

Ustaz Firdaus dan Ustaz Aizad akan diterbangkan nun jauh di Sarawak. Hanya Ustaz Syahrin sahaja yang terselamat kerana hanya ditempatkan di Selangor. Kami warga PERSIS IPIS sangat mengharapkan agar Ustaz Syahrin mendapat tempat sekitar Bangi ini sahaja dengan harapan agar Ustaz dapat kekal menabur bakti untuk persatuan ini.

Setelah lima tahun setengah menuntut ilmu di IPIS tercinta ini, diharap agar senior semua dapat mengaplikasi segala kemahiran yang ada untuk mendidik anak-anak permata negara walau di mana sahaja senior semua berada. Kami di sini mendoakan kesejahteraan semua. Beberapa tahun lagi, insya-Allah kami pula yang akan mengikut jejak langkah senior semua.

Kami juga amat berharap agar senior semua tidak melupakan kami dan PERSIS walaupun dipisahkan oleh Laut Cina Selatan atau sempadan negeri yang berbeza. Semoga ukhuwah kita bersama akan terus kekal segar dan mekar dan sentiasa di bawah naungan rahmat Ilahi. Ameen...




1 Response so far:

husniyah bazlaa said...

selamat berkhdmat sifu2 ku~ ^_^

ustaz shahrin dpt damansara. ustaz aizat di seri aman. ustaz tenang tatau la plak. doakan mereka.

Leave a Reply