Wednesday, December 1, 2010

SEJARAH PENUBUHAN PERSIS

Posted by persis on 3:26 PM 0 comments


Persatuan Seni Islam Khat (PERSIS) IPG Kampus Pendidikan Islam telah ditubuhkan pada pertengahan tahun 2007. Idea penubuhan persatuan ini adalah dari pensyarah penasihat persatuan ini sendiri iaitu Ustaz Zawadi Bin Che Seman. Beliau adalah bekas pensyarah di jabatan bahasa arab IPG Kampus Pendidikan Islam yang juga aktif dalam memperkembang seni penulisan khat di persada tanah air dan pernah menjuarai pertandingan di peringkat kebangsaan.


Pada peringkat awal persatuan ini wujud sebagai kelas terbuka yang diadakan pada hari minggu yang bertujuan mengisi masa lapang pelajar. Atas cadangan pensyarah penasihat persatuan, Ustaz Zawadi Bin Che Seman, bermula awal tahun 2008, kelas ini telah dinaungkan di bawah Persatuan Bahasa Arab IPG Kampus Pendidikan Islam sebagai sebuah persatuan.


Walaupun ustaz zawadi telah tamat perkhidmatan di IPG Kampus Pendidikan Islam, beliau masih lagi menjadi tenaga pengajar bagi kelas khat tersebut. Namun akibat kekangan masa dan tanggungjawab, kelas ini mula diambil alih oleh anak didik beliau yang merupakan generasi pertama seni khat di IPG KPI.


Mereka ialah Ustaz Muhammad Aizat B Che Romli, Ustaz Mohamad Firdaus Bin Kamaruddin Dan Ustaz Shahrin Bin Shamsudin. Mereka akan bergilir-gilir mengajar jika ada di antara mereka tidak dapat menghadirkan diri ke kelas tersebut.


Antara objektif/ matlamat penubuhan :

· meneruskan agenda kesenian islam di IPG KPI

· melahirkan guru pelatih yang berkemahiran tersendiri (khususnya khat)

· membuka ruang peluang kepada semua pelajar menjadi pencinta kesenian islam

· mencari bakat-bakat baru kesenian ini


Kini aktiviti mingguan persatuan iaitu kelas khat diadakan pada setiap hari rabu jam 9.30 malam. Kelas ini dibuka kepada semua warga institut yang mempunyai kelapangan.


Kepada ahli yang berminat boleh melaporkan diri kepada ahli jawatankuasa persatuan seni khat IPG KPI.


0 Responses so far:

Leave a Reply