Friday, December 17, 2010

BENGKEL PENULISAN KREATIF SENI KHAT

Posted by persis on 10:07 PM 1 comments


ALHAMDULILLAH..akhirnya bengkel seni khat dapat juga dijalankan. bengkel yang pada awalnya direncanakan pada 18 Oktober 2010 ditunda kepada 20 oktober 2010 kerana atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. bengkel ini merupakan bengkel pertama yang dijalankan sepanjang PERSIS ditubuhkan. hasil idea Ustaz Aizat dan kerjasama Ahli PERSIS dengan persetujuan penasihat akhirnya bengkel ini dapat diadakan.

bengkel ini bertujuan untuk memupuk semangat cintakan khat di kalangan pelajar IPG KPI dan juga sebagai wadah untuk menonjolkan bahawa seni khat ini boleh dihasilkan secara kreatif melalui pelbagai cara. antaranya ialah seperti yang dihasilkan melalui bengkel ini iaitu penulisan pada arcylic board.

penyertaan dibuka kepada semua warga IPG KPI . alhamdulillah sambutan agak menggalakkan. seramai 40 orang telah menyertai bengkel ini. peserta bengkel akan mendapat sijil penyertaan sebagai tanda terima kasih kami dalam kesudian mereka menyertai bengkel ini.

untuk pengisian, pihak PERSIS telah menjemput USTAZ THALHAH sebagai tenaga pengajar dalam menghasilkan penulisan ini. tulisan yang digunakan untuk diukir adalah nama kepada setiap peserta. penulisan nama peserta adalah mengikut khat thuluth dengan bantuan penulisan ustaz aizat.

bengkel ini berlangsung selama lebih kurang 3 jam. pihak PERSIS mengucapkan terima kasih kepada yang sudi memberi kerjasama dan memohon maaf atas segala kekurangan. insyaAllah pada masa akan datang kami akan berusaha untuk mengadakan aktiviti yang lebih menarik lagi.


peserta khusyuk melakar nama pada arcylic board

ustaz talhah tekun memberi tunjuk ajar


proses seterusnya mewarnakan hasil karya

hasil karya


hasil karya seorang peserta

pengerusi PERSIS menyampaikan cenderahati kepada USTAZ THALHAH


PERSIS MAJU UNTUK IPIS ^_^
Continue...


Thursday, December 9, 2010

JAMUAN RAYA PERSIS

Posted by persis on 8:16 PM 0 comments

Assalamualaikum...

Jamuan hari raya PERSIS telah diadakan pada 25 September 2010 di kelas PISMP 2.01. Jamuan ini dianjurkan bagi meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri di kalangan ahli persatuan PERSIS. Seramai 30 ahli PERSIS telah menghadiri jamuan ini.

Jamuan ini telah dimeriahkan dengan pelbagai makanan seperti biskut raya, kuih muih, kek pandan, kek pisang dan sebagainya. Makanan ini semuanya dibawa sendiri oleh ahli-ahli PERSIS yang hadir pada malam itu.









Ahli jawatan kuasa PERSIS mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan Jamuan Hari Raya PERSIS. Kerjasama yang diberikan oleh semua ahli amat kami hargai. Semoga usaha ini dapat merapatkan lagi silaturahim antara kita semua.

Continue...


Monday, December 6, 2010

Lawatan ke Yayasan Restu

Posted by persis on 3:04 PM 0 comments

Assalamualaikum..

Alhamdulillah. Bersua kembali kita di ruangan ini. Seperti yang kita semua sedia maklum, penubuhan Persatuan Seni Khat ataupun ringkasannya PERSIS adalah bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar khususnya kepada warga Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam ini sendiri berkaitan penulisan seni khat ini. Oleh itu, bagi memberi pengetahuan yang lebih mendalam mengenai warisan seni khat ini, pada 8 Ogos 2010 yang lalu, PERSIS telah membawa ahli-ahlinya menyertai lawatan ke Yayasan Restu yang terletak di Shah Alam. Perjalanan mengambil masa selama 1 jam 15 minit. Dua buah bas telah digunakan untuk membawa ahli-ahli PERSIS. Di sebelah kiri ini ialah mercu tanda kebanggaan Yayasan Restu.








Setibanya di sana, para peserta mendengar penerangan ringkas daripada wakil Yayasan Restu serba sedikit mengenai sejarah dan objektif penubuhan yayasan tersebut. Kemudian, para peserta dikehendaki masuk ke Dewan Utama untuk mendengar ceramah oleh mereka yang bergiat aktif dalam seni penulisan khat termasuklah wakil-wakil dari Indonesia.








Seterusnya para peserta dibawa ke gerai-gerai dan ruang khas yang digunakan oleh para khattat untuk mempamerkan hasil kerja masing-masing. Para peserta juga berpeluang meninjau muzium khas yang menempatkan tinggalan seni khat ini. Antara tinggalan yang dipamerkan ialah mashaf Al-Quran yang berusia ratusan tahun dahulu, contoh-contoh dan jenis tulisan khat, serta alatan untuk menulis khat.









Para peserta juga berkesempatan untuk menempah dan membeli cenderamata yang disediakan di gerai-gerai dalam sekitar Yayasan Restu. Sebuah gerai yang khusus untuk menempah khat daripada para khattat juga ada disediakan. Kelihatan dua orang khattat sedang menyiapkan tempahan nama oleh para peserta.




Setelah itu, para peserta menjamu hidangan makan tengahari di kafe yayasan tersebut. Sebelum beransur pulang ke maktab, para peserta tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan hasil-hasil penulisan khat yang dipamerkan di kompleks. Di bawah ini ialah sebahagian peserta muslimin yang menyertai lawatan.

Sesudah itu, para peserta menaiki bas untuk pulang ke maktab. Ternyata lawatan ke Yayasan Restu banyak memberi ilmu pengatahuan dan pendedahan yang lebih mendalam mengenai seni tinggalan Islam ini. Semoga lawatan ini akan menjadikan para peserta lebih komited dalam setiap akviti PERSIS. Diharapkan agar lawatan seperti ini diadakan pada masa akan datang untuk melahirkan ahli PERSIS yang berwawasan dan mampu memberi komitmen yang tinggi kepada persatuan.


Sekian, terima kasih.
Continue...


Wednesday, December 1, 2010

SEJARAH PENUBUHAN PERSIS

Posted by persis on 3:26 PM 0 comments


Persatuan Seni Islam Khat (PERSIS) IPG Kampus Pendidikan Islam telah ditubuhkan pada pertengahan tahun 2007. Idea penubuhan persatuan ini adalah dari pensyarah penasihat persatuan ini sendiri iaitu Ustaz Zawadi Bin Che Seman. Beliau adalah bekas pensyarah di jabatan bahasa arab IPG Kampus Pendidikan Islam yang juga aktif dalam memperkembang seni penulisan khat di persada tanah air dan pernah menjuarai pertandingan di peringkat kebangsaan.


Pada peringkat awal persatuan ini wujud sebagai kelas terbuka yang diadakan pada hari minggu yang bertujuan mengisi masa lapang pelajar. Atas cadangan pensyarah penasihat persatuan, Ustaz Zawadi Bin Che Seman, bermula awal tahun 2008, kelas ini telah dinaungkan di bawah Persatuan Bahasa Arab IPG Kampus Pendidikan Islam sebagai sebuah persatuan.


Walaupun ustaz zawadi telah tamat perkhidmatan di IPG Kampus Pendidikan Islam, beliau masih lagi menjadi tenaga pengajar bagi kelas khat tersebut. Namun akibat kekangan masa dan tanggungjawab, kelas ini mula diambil alih oleh anak didik beliau yang merupakan generasi pertama seni khat di IPG KPI.


Mereka ialah Ustaz Muhammad Aizat B Che Romli, Ustaz Mohamad Firdaus Bin Kamaruddin Dan Ustaz Shahrin Bin Shamsudin. Mereka akan bergilir-gilir mengajar jika ada di antara mereka tidak dapat menghadirkan diri ke kelas tersebut.


Antara objektif/ matlamat penubuhan :

· meneruskan agenda kesenian islam di IPG KPI

· melahirkan guru pelatih yang berkemahiran tersendiri (khususnya khat)

· membuka ruang peluang kepada semua pelajar menjadi pencinta kesenian islam

· mencari bakat-bakat baru kesenian ini


Kini aktiviti mingguan persatuan iaitu kelas khat diadakan pada setiap hari rabu jam 9.30 malam. Kelas ini dibuka kepada semua warga institut yang mempunyai kelapangan.


Kepada ahli yang berminat boleh melaporkan diri kepada ahli jawatankuasa persatuan seni khat IPG KPI.

Continue...