Alhamdulillah, pada 21 April 2012, PERSIS telah dijemput untuk menghantar beberapa orang ahli untuk menjadi fasilitator bagi Bengkel Seni Khat anjuran Surau Alkhauthar, SMK Sultan Abdul Aziz Shah.
Penceramah jemputan Ustaz Zawadi Bin Che Seman merangkap guru Bahasa Arab di sekolah tersebut telah mengetuai bengkel ini. Ustaz Zawadi Bin Che Seman juga merupakan tenaga pengajar tetap persatuan kami.
Bengkel ini disertai seramai hampir 150 orang yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 4. Bengkel ini berjalan di Dewan Asrama Pusat SMK Sultan Abdul Aziz Shah.
Oleh yang demikian, seramai 9 orang ahli PERSIS telah menyertai bengkel ini sebagai fasilitator. Tugas kami adalah membimbing peserta-peserta untuk mendapatkan penulisan dengan kaedah yang betul.
Selain daripada itu, kami juga turut mendapat pengalaman baru apabila kami diberi kepercayaan untuk mengadili karya peserta-peserta untuk melayakkan mereka menyertai pertandingan Jawi anjuran Utusan Melayu.
Alhamdulillah, pengalaman yang kami perolehi ini amat beerti buat kami. Sekiranya perlukan khidmat kami lagi, InsyaAllah kami penuh kesudian untuk berbakti!
ustaz zawadi ketika memberi pengisian |
fasi memberi tunjuk ajar kepada peserta |
pembetulan kaedah penulisan peserta |
karya yang akan diadili |
bimbingan kepada peserta |
penghasilan akhir... tadaaa!! |
sesi pengadilan karya oleh barisan fasilitator dengan bimbingan ustaz zawadi |
hadiah disampaikan kepada pemenang! |
Disediakan oleh
BAZLAA
khas untuk
PERSIS
dan
PENCINTA KESENIAN ISLAM